صلاة سنة ضوخا
Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
FIQAH SOLAT DUHA
Solat Duha ialah solat sunat yang dikerjakan ketika matahari sedang naik. Jumhur ulama mengatakan bahawa solat Duha adalah sunat bahkan para ulama Maliki dan Syafi'i menyatakan bahawa ia adalah sunat muakkadah dan dibolehkan bagi seseorang untuk tidak mengerjakannya.
Imam al-Nawawi dalam kitab al-Rawdah mengatakan bahawa waktu solat Duha itu dimulai sejak terbitnya matahari yakni sekitar setinggi lembing. Ataupun setelah 15-20 minit dari masa syuruk (terbit matahari). Sesuailah dengan namanya Duha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fiqah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Duha ini antara jam 7 pagi hingga 1 petang.
Rasulullah s.a.w. keluar me¬nemui penduduk Quba ketika mereka melaksanakan solat Duha, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat Duha dilakukan apabila anak-anak unta telah berasa kepanasan (kerana sinaran matahari):" (Riwayat Muslim clan Ahmad)
Sementara Abdul Karim bin Muhammad al-Rifa'i mengatakan bahawa solat ini lebih utama dikerjakan ketika matahari lebih tinggi daripada itu iaitu apabila kepanasan matahari sudah dirasai berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w, menjelaskan: "Solat Duha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi clan kian panas sinarnya:"
Imam al-Nawawi menghurai¬kan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang. (AI-Nawawi, al¬Majmu) Waktu akhirnya pula ialah beberapa minit sebelum solat fardu Zuhur atau waktu istiwa’.
Bilangan rakaatnya adalah sekurangnya dua rakaat clan paling banyak ialah 12 rakaat, namun lapan rakaat adalah afdal. Solat Duha empat rakaat atau lebih boleh dikerjakan dengan dua, rakaat satu salam. Hal ini berdasarkan keumuman hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Solat malam clan siang itu dua rakaat-dua rakaat:" Dalam hadis lain daripada hadis Ummu Hani dengan lafaz: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan solat Duha lapan rakaat. Beliau mengucapkan salam pada setiap dua rakaat:"
Boleh juga mengerjakan solat Duha dengan empat rakaat satu salam. Dari segi surah bacaan dalam solat sunat Duha, tiada anjuran surah khusus daripada Rasulullah s.a,w., cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama surah al-Shams atau surah al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca surah al¬-Duha atau surah al-Ikhlas.
Terdapat banyak hadis yang menggalakkan solat Duha clan menjelaskan fadilatnya antaranya ialah hadis riwayat Abu Hurairah, katanya: "Kekasihku Rasullullah s.a.w. telah berwasiat kepadaku tiga perkara. Aku tidak me¬ninggalkannya iaitu supaya aku tidak tidur melainkan selepas mengerjakan solat sunat witir, supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Duha (kerana ia adalah sunat awwabin) clan berpuasa tiga hari daripada setiap bulan:'(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Manakala beberapa kelebihan solat Duha ialah:
Daripada Abu al-Darda' r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman: 'Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan empat rakaat solat pada permulaan hari (solat Duha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan)mu hingga akhir hari itu:' (Riwayat Ahmad, Majma' al-Zawaid, jil. 2, hlm. 492)
Hadis riwayat Abu Zar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: °Setiap sendi daripada anggota tubuh antara kalian pada pagi hari, harus dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh ke¬pada kebaikan adalah sedekah, clan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan semua
itu dapat disepadankan dengan mengerjakan solat Duha dua rakaat:' (Riwayat Muslim)
Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang solat Duha empat rakaat clan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di dalam syurga:" (Sahih al Jami; hlm. 634)
Demikian sedikit penjelasan ringkas tentang solat sunat Duha dari segi fiqah clan fadilat¬nya. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan taufik untuk melaksanakannya.
Setiap individu sewajarnya berusaha meluangkan waktu untuk memberi ruang kepada solat Duha walaupun dua rakaat yang mengambil masa hanya lebih kurang 5 minit sahaja. Insya-Allah kita akan mendapat ketenangan batin, kelapangan hidup, ketenteraman jiwa dan diberkati rezeki.
Doa selepasa solat duha:
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha itu ialah waktu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan¬Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu clan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, clan jika ada di dalam perut bumi keluar¬kanlah. Jika sukar, maka permudahkanlah, clan jika haram, sucikan¬lah, clan jika masih jauh, dekatkanlah, dengan keberkatan waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan clan kekuasaan-Mu, kurnia¬kanlah kepada kami segala yang telah Engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh:"
0 comments:
Post a Comment